‘Assalamualaikum..’Dilla memberi salam kepada kawan-kawannya yang sedang menunggu di port biasa mereka iaitu di pondok cendawan yang disediakan oleh pihak universiti...
‘Waalaikumsalam..’Syikin, Erin dan Eida menjawab salam serentak..
‘Cepat sampai hari ni? Dah naik kematu kita orang tunggu kau tau tak..’, Syikin bersuara sinis..
‘Sorry-sorry.. Traffic jam..’
‘Traffic jam ke tertidur?’Eida pula menyampuk..
‘Mana-mana yang kau rasa betullah cik Eida oii..’
‘Korang ni banyak tanya pulak.. Macam korang tak kenal je Dilla ni.. Ada masa free je mesti lelap.. Suka terlajak masa pulak tu.. Entah bila nak berubah.. Bosan tau tak asyik kita orang je yang kene tunggu kau ..’ marah Erin.. Geram juga dengan sikap rakannya yang sering terlambat..
‘Haah.. Betul tu.. Aku sokong.. Aku sentiasa berdoa supaya Allah beri petunjuk kat kau.. Biar kau sedar betapa tak baiknya asyik lambat je..’sambung Syikin pula..
‘Iye-iye.. Aku mintak maaf.. Hari ni aku belanja korang makan nak, sebagai tanda aku mintak maaf..’kata Dilla sambil menayang muka kesiannya..
‘Itu jelah kau tau.. Kau tengok, kita orang ni dah makin tembam tau tak asyik makan free je..’kata Syikin..
‘Yela.. Tak nak sudah.. Aku belanja ni.. Tolak tuah betullah korang ni..’
‘Siapa cakap aku tak nak..’Erin dan Eida bersuara serentak..
‘Dah agak dah.. Pasal makanan laju aje..’Guman Dilla dalam hati sambil tersengih..
‘Tadi Syikin cakap tak nak..’
‘Aku bukan tak naklah.. Aku nak.. Cuma saja je cakap macam tu.. Aku tengah marah lagi ni..’kata Syikin seolah-olah merajuk..
‘Ala-ala.. Merajuk pulak dia.. Takpe-takpe, kau gemuk sekalipun Syafik takkan tinggalkan kau punye..’pujuk Dilla.. Erin dan Eida hanya menganggukkan kepala.. Dah macam burung belatuk gayanya..
‘Dahlah, lupakan pasal makan tu.. Janji kau tak lupa nak belanja sudah.. Jom kita mulakan discussion.. Ingat, idea kena bernas, kalau tak sikit je markah kita dapat nanti dengan pensyarah kedekut tu..’sambung Syikin pula..
Masing-masing mula mengeluarkan kertas kerja dan mengemukakan idea mereka.. Dilla, Syikin,Erin dan Eida merupakan siswazah semesta ke lima dalam bidang perakaunan di UPM..
######
‘Korang, aku nak pegi toilet jap ye.. Ada siapa-siapa nak ikut?’.. Dilla bersuara setelah setengah jam mereka berbincang.. Ketiga-tiga rakannya menggelengkan kepala..
‘Ok, tunggu aku tau’.. Dilla menyambung..
######
‘Haih.. Tak tahan pulak.. Jauhnya toilet ni..’,Dilla membebel sambil mempercepatkan langkahnya.. Tiba-tiba………
‘Aduh!!!!! Apa ni!!’ Dilla menjerit marah apabila kepalanya dibaling dengan tin minuman… Matanya yang sepet dikecikkan lagi bagi mencari pesalah..
‘Akanku pancung kepala orang yang melukakan kepala aku yang bulat ni..’marah Dilla dalam hati..
‘Saya mintak maaf.. Kepala awak ok ke? Saya tak sengaja.. Saya nak baling tin tu dalam tong sampah sebelah awak ni.’ Seorang lelaki tiba-tiba berada di sebelahnya dan bersuara..
Dilla berpaling ke arah lelaki tersebut.. Dia tergamam……….
‘Cik.. Hello.. Ok ke ni?’, lelaki itu melambai-lambaikan tangannya tepat pada mata Dilla..
‘Handsomenya!! Aku mimpi ke ni.. Tak pernah tengok pun muka dia ni.. Bidadara ke?? Mama, tolong Dilla mama..’ Dilla berkata dalam hati.. Tiba-tiba Dilla merasakan pandangan matanya semakin kelam.. Dunianya semakin gelap dan badannya seperti disambut oleh seseorang…
#####
Dilla tersedar dan mendapati dirinya sudah terbaring di bilik rawatan..
‘Aduh! Peningnya.. Macam mana aku boleh ada kat sini ni..’Dilla bermonolog sendirian..
‘Hah!! Dah sedar pun kau..’Erin tiba-tiba bersuara..
‘Ahhhhh!!!’Dilla menjerit..
‘Kau ni, terkejutlah aku.. Cuba bagi salam dulu..’ sambung Dilla sambil mengurut dadanya..
‘Hehehe… Sorry-sorry.. Tak sengaja..’
‘Dilla, kau ni nak kata pura-pura pengsan, lama jugak kau baring tak sedarkan diri.. Nak kata betul, takkan setakat terkena tin boleh pengsan.. Kau memang saja-saja kan? Pandai kau berlakon depan mamat handsome tu..’ Syikin pula menyampuk dengan wajah penuh kemusykilan..
‘Banyaklah kau punya berlakon.. Kepala aku tengah pening ni, boleh pulak kau cakap macam tu.. Eh!! Jap, mamat handsome mana pulak ni?’
‘Kau tak ingat ke Dilla.. Atau kau pura-pura lupa?’kata Eida sambil tersenyum sinis..
‘Betullah.. aku tak ingat.. Yang aku ingat sebelum masa aku nak pergi toilet tadi…… Hah!!! Macam mana aku boleh terbaring kat sini?’, tiba-tiba Dilla menjerit.. Syikin, Erin dan Eida terkejut, serentak mengurut dada mereka apabila Dilla tiba-tiba menjerit..
‘Kau ni, kalau tak jerit tak boleh ke? Lemah jantung kita orang tau..’,tutur Eida..
‘Entah kau ni, Nak balas dendam ke?,’Erin menyampuk..
Dilla hanya tersengih.. Memang itu sifatnya, suka menjerit apabila teringatkan sesuatu.. Sebab itu jugalah dia tidak suka mengadakan sebarang perbincangan di perpustakaan..
‘Dilla, tadikan mamat handsome tu cakap dia terpaksa cempung kau masuk bilik ni.. Dia tak tau nak buat apa dah.. Lepas tu, baru dia panggil kita orang.. Dia cakap dia terperasan kau dengan kita orang sebelum tu… Dia pesan tolong sampaikan salam maaf dia sebab sentuh kau.. Dia betul-betul tak sengaja..’, bersungguh-sungguh Syikin menerangkan .. Eida dan Erin sekadar mengangguk.. Itu aje kerja dorang.. Mengangguk, mengangguk dan mengangguk….
‘Owhhhhhhhhhh…’itu sahaja perkataan yang mampu dikeluarkan oleh Dilla.. Dia masih terkejut dan terbayang-bayang wajah penyelamatnya itu.. Penyelamat? Rasanya dia baling tin kena kepala aku.. Penyelamat ke tu?
‘Owh je? Kau ni ok ke tak ni?’ soal Erin..
‘Kepala aku peninglah.. Aku nak balik.. Lain kali aku belanja korang boleh?’
‘Boleh je.. Risau pulak aku tengok kau ni.. Jomlah kita orang hantar kau balik..’pelawa Eida… Syikin dan Erin mengiyakan kata-kata Eida.. Mereka membantu Dilla untuk berdiri..
‘Hah!!!!’sekali lagi Dilla menjerit..
‘Aghhhhh!! Dilla!!!’Eida menjerit akibat terkejut.. Syikin yang sedang cuba membantu Dilla untuk berdiri hampir-hampir terjatuh..
‘Fuh!! Nasib baik tak jatuh.. Dillaaaaaaaaa….. Lama-lama boleh ada sakit jantung aku ni..’kata Syikin..
‘Bukan kau je.. Aku pun.. Hah!!Kau nak cakap apa?’soal Erin sambil mengurut dadanya..
‘Aku lupa aku belum buang air lagilah.. Nak terkucil ni.. Jom teman aku..’kata Dilla sambil tersengih seperti kerang busuk..
#####
Dilla memerapkan dirinya dalam bilik selepas makan malam bersama keluarganya.. Dirinya menjadi tidak keruan selepas kejadian petang tadi.. Sekejap baring, sekejap duduk, sekejap menghadap cermin kemudian baring lagi..
Tuk.. tuk.. tuk..
‘Dilla, mama ni.. Mama masuk ye..’Pn Faridah bersuara..
‘Masuklah mama..’
'Dilla.. Kenapa ni sayang? Mama tengok dari tadi Dilla diam je..'tegur Pn.Faridah setelah mendapatkan Dilla yang sedang baring..
'Takde papelah mama..'
'Iyalah takde pape.. Dilla jangan tipu mama.. Mama tak bagi kamu makan dan tak bagi duit belanja nanti..'
'Mama ni.. Tak baik ugut tau..'
'Takdelah, cuba cerita dengan mama..'
'Tadikan mama, ada lelaki ni baling tin terkena kepala Dilla.. Lepas tu dia mintak maaf.. Bila Dilla tengok muka dia je kan mama, Dilla terus pengsan tau mama..'Dilla bercerita dengan penuh bersemangat..
'Pengsan? Buruk sangat ke muka dia sampai anak mama pengsan ni.. Kepala Dilla ada sakit lagi?'kening Pn. Faridah berkerut sekerut-kerutnya.
'Bukan buruklah mama.. Handsome.. Tapi tak tau kenapa Dilla boleh pengsan.. Time tu kan mama, Dilla rasa macam terjumpa bidadara je.. Kepala Dilla ok, mama jangan risau sangat ye..'
'Owh.. Ni kes terjatuh hatilah ni.. Patutlah senyap je, rupanya hati tertinggal kat sana ye..'
'Mama ni saje je.. Tapi betul ke jatuh hati mama?’Soal Dilla persis kanak-kanak..
'Betul sayang.. Syukur anak mama dah jatuh cinta.. Akhirnya…. Nanti-nanti kena belajar masak dengan mama ni.. Dapat jugak mama turunkan ilmu memasak mama ni…'
'Mama ni… Macamlah Dilla tak boleh nak belajar masak kalau tak jatuh cinta..'
‘Nak ke Dilla belajar.. Agaknya kalau mama sakit ke, hari-hari makan bungkus je.. Betul tak?’
Dilla hanya tersengih..
’Sayang, dengar sini, mulai hari ni, Dilla kena belajar pikat dia tau..'
'Hah! Dilla pikat dia.. Malulah mama.. macam perigi cari timba pulak..'
‘Buat apa nak malu sayang.. Mama dengan abah dulu pun macam tu tau.. Jenuh mama pindah-pindah perigi tuk cari timba yang abah kamu pegang…’kata Pn.Faridah sambil tersenyum..
‘Mama ni buat lawak pulak..’
'Anak mama ni… Dilla, sanggup ke Dilla tengok dia melepas kat tangan orang lain.. Dilla sendiri pun tau yang Dilla ni susah nak jatuh hati kan.. Janganlah mama tak dapat rasa nasi minyak anak mama sendiri.. Entah gam apa yang Dilla guna sampai tak boleh tanggal hati tu.. Mama pun pelik..'
'Saja je mama ni.. Perli Dilla nampak.. Emmm.. Tapi mama, kalau dia dah ada girlfriend macam mana?'Dilla mula menunjukkan minat..
'Dilla risik dululah.. Kalau dia dah berpunya, Dilla janganlah kacau dia lagi.. Kumbang bukan sekuntum kan.. Yang penting Dilla dah mencuba..'
'Betul jugak kan mama.. Dilla cuba ye mama..'
'Good luck untuk anak mama ni.. Mama doakan Dilla berjaya.. Tapi, janji jangan abaikan pelajaran Dilla dan jangan melampaui batas-batas pergaulan…'
'Thanks mama.. Dilla janji…'
#####
Setelah seminggu menjadi ahli perisikan, akhirnya usaha Dilla dianggap berjaya kerana beberapa maklumat telah dikumpulnya dan perkara utamanya ialah status mamat tersebut adalah single.... Langkah pertama untuk memenangi hati Mohd Ashraf Haiqal yang mengambil jurusan kejuruteraan dalam semesta terakhir sudah dimulakan iaitu pertemuan yang telah dirancang di pondok cendawan.. (macam takde tempat lain je)
‘Ada pape yang boleh saya bantu?’
‘Pelik betul perempuan ni.. Tiba-tiba ajak jumpa.. Nak suruh aku bayar ganti rugi sebab cederakan kepala dia ke.. Tapi aku tak sengaja.. Tapi kenapa dah seminggu baru nak jumpa.. Deee’, Berapa banyak tapilah.. Takkan dia minat kat aku, bahaya ni..’Guman Haiqal dalam hati..
‘Hah!! Errrr… Errr… Boleh-boleh…Eh!! Ada-ada…’kata Dilla ketakutan.. Bukan nak bagi salam dulu.. Apelah…
‘Ok.. Cakaplah cepat.. Aku ada banyak kerja nak buat ni..’
‘Aik, lain pulak bahasa dia ni..’kata Dilla dalam hati..
‘Err, awak duduk dululah..’
‘Takpelah, aku tak suka duduk sebelah perempuan..’
‘Hah!!’Dilla terkejut apabila mendengarkan pernyataan lelaki itu tanpa menyedari mulutnya terngaga.. Tiba-tiba terasa seperti ada sesuatu telah mendarat di dalam mulutnya..
‘Puih-puih!!’ Dilla melihat benda yang diludahnya..
Lalat!!!!!! Dilla sudah hampir mahu memuntahkan segala isi perutnya.. Cepat-cepat Dilla berlari mencari toilet yang terdekat sebelum isi perutnya terburai di situ.. Haiqal hanya tergamam.. Tiba-tiba perutnya pula memulas.. Segera dia mengikut jejak langkah Dilla.. Maka, pertemuan mereka berakhir begitu sahaja..
#####
‘Aduh!! Sakitnya perut.. Tak pasal-pasal termuntah pulak.. Dahlah aku tak makan lagi pagi ni.. Haih, lemah lutut aku ni.. Emmm.. Apa maksud Haiqal tak suka duduk sebelah perempuan ye.. Entah-entah dia Gay.. Eeeeee… Eh!! Tak!! Dia lelaki sejati.. Kira beriman juga dia ni.. Bagus-bagus, memang sesuai jadi calon suami aku.. Hehehe…’Guman Dilla dalam hati..
‘Cis!! Tak guna punya lalat! Macam takde tempat lain je dia nak mendarat.. Eeeeeeeeee.. Gelinya aku…’kata Dilla dengan nada marah..
‘Wei!!!’
‘Apa!!!’balas Dilla dengan nada menjerit..
Opps!! Dilla segera menutup mulutnya.. Badannya yang membongkok sejak dari tadi tiba-tiba menjadi tegak apabila menyedari Haiqal yang memanggilnya..
Haiqal sekali lagi tergamam dengan sikap gadis di hadapannya.. Dia tidak menyangka gadis itu akan menjerit terhadapnya..
‘Comellah pulak dia ni.. Mata sepet tiba-tiba jadi bulat.. X sesuai… Hehe.. Tapi comel jugaklah.. ’,sempat Haiqal memgutuk Dilla dalam hati..
Dilla terasa dunianya berputar dan semakin lama semakin gelap….. ‘Dunia gelap datang menjemput aku lagi..’,sempat Dilla berkata di dalam hati..
‘Alamak! Pengsan lagi.. Jenuhlah aku macam ni.. Kenapalah asyik pengsan je kerja dia ni.. Dahlah perut aku tengah sakit ni.. Haih… Terpaksalah… Tapi mana aku nak cari kawan dia ni…’ tutur Haiqal sambil mencempung Dilla ke bilik rawatan.. Otaknya ligat berfikir tempat mana yang perlu dituju untuk mencari rakan-rakan Dilla..
#####
‘Dah sihat ke budak tu ye.. Haih, asyik pengsan je.. Ade penyakit ke dia..’Haiqal bermonolog sendirian di dalam biliknya.. Dilla…. Nama tersebut didengari dari mulut rakan-rakan Dilla ketika melawatnya di bilik rawatan.. Comel juga perempuan tu.. Walaupun tak setanding dengan Suhaila yang memegang gelaran ratu cantik UPM, namun hatinya tetap terusik dengan tingkah laku Dilla yang pelik.. Kadang-kadang serius, kadang-kadang gopoh, kadang-kadang normal… Sejak pertemuan yang tidak disengajakan itu, Haiqal sering tercari-cari kelibat Dilla..
‘Apasal pulak aku fikir pasal dia ni.. Dah mereng apa otak aku ni… Takkan aku nak amik perempuan suka pengsan tu jadi bini aku.. Susahlah hidup aku nanti…’Haiqal masih lagi bermonolog sendirian dan berfikir..
‘Eh!! Apasal fikir sampai bini ni… Kenal dia pun tak… Arghhhhhhh!!!!!!!!!! Haiqal!!! Kau ni dah gila ke!!!!’Haiqal menjerit sekuat hati.. Mujur hanya dia sahaja di rumah..
‘Baik aku tidur… Tidur… Tidur….’Haiqal baring di atas katil bujangnya dan menutup muka dengan bantal… Sesaat, dua saat, tiga saat….
‘Arghhhhhh!!!!! Apasal tutup mata pun boleh keluar muka dia ni!!!! Akhirnya, Haiqal menghabiskan masa tidurnya dengan bermain video game…
#####
‘Dilla, macam mana dengan perkembangan kau dengan kekasih hati kau tu?’, soal Erin ketika mereka berkunjung ke rumah Dilla..
‘Emmmm.. Macam biasa je… Takde perkembangan pape lepas aku pengsan kali kedua tu..’Dilla menjawab dengan acuh tak acuh…
‘Hah!! Kau tak jumpa dia ke lepas tu?’, Syikin pula menyoal.. Dilla sekadar menggelengkan kepala…
‘Macam mana nak jumpa… Dah malu melebihi segala-galanya…’kata Pn.Faridah yang tiba-tiba muncul..
‘Emmm.. Sebab tu ke… Haih.. Kau tak boleh macam ni Dilla.. Takkan kau nak buat kerja separuh jalan… Lagipun aku tengok si Haiqal tu macam minat jugak kat kau..’Syikin menyambung…
‘Emmmmm…..’, itu sahaja yang dikeluarkan dari mulut Dilla.. Masing-masing mendiamkan diri…
‘Hah!!!! Aku ada idea… Dilla, kau nak kita orang tolong kau tak?’Eida bersuara memecahkan kesunyian…
‘Apa dia?’Dilla menjawab dengan reaksi teruja.. Begitu juga dengan mama Dilla, Syikin dan Erin memandang Eida dengan reaksi yang sama...
‘Kau nak tau pe perasaan Haiqal kat kau kan?’Eida menyambung.. Dilla mengangguk..
‘Ok, mulai hari ni kita akan bekerjasama membantu Dilla untuk mengecapi kebahagiaannya.. Mak cik pun terlibat ye.. Hehehe..’tutur Eida dengan penuh bersemangat…
#####
‘Haiqal!! Haiqal!! Kau kena tolong kita orang… Dilla.. Dilla.. Dia… dia…’Syikin bersuara seperti kepenatan.. Puas dia mencari Haiqal, rupanya mamat ni dekat library..
‘Dilla!!Kenapa dengan Dilla? Dia pengsan lagi ke?’tutur Haiqal dengan nada kerisauan..
‘Dilla… Dia… Dia kena culik…. Aku tak tau nak mintak tolong siapa ni.. Kau je lelaki yang kita orang kenal..’, Eida pula bersuara.. Haih, ni dah menipu ni, takkanlah Cuma dia je lelaki yang aku kenal.. Harap-harap dia tak perasan..
‘Apa!!! Kena culik!! Macam mana boleh kena culik?’,Haiqal mula bertindak seperti kucing hilang anak.. Tanpa disedarinya, senyuman terukir di bibir makhluk yang melihat keadaannya…
‘Haah.. Tadi dia ada dengan kita orang.. Lepas tu dia cakap nak pergi toilet.. Tapi lama sangat kita orang tunggu.. Tiba-tiba ada orang call Eida, dia cakap kalau nak Dilla selamat jumpa dia dekat taman.. Kita orang takut nak pergi.. Tu yang nak mintak tolong kau..’terang Syikin sambil ketakutan..
‘Apa!!! Tunggu apa lagi.. Jomlah bawak aku jumpa dia!!’Haiqal sudah berlari meninggalkan mereka..
‘Eida, dia tau ke taman mana?’soal Syikin kebingunggan..
‘Entah.. Apa tunggu lagi.. Jomlah kejar…’ Mereka berlari sambil mengukir senyuman di bibir..
#####
‘Dilla!!!’ Haiqal menjerit sambil mencari-cari kelibat Dilla… Hampir satu taman dipusingnya..
‘Dilla, mana kau?’Haiqal bermonolog sendirian sambil terbongkok-bongkok kerana kepenatan…
‘Haiqal…’Dilla bersuara..
‘Dilla! Kau ok? Macam mana kau boleh terlepas ni? Mana penculik tu?’soal Haiqal tidak putus-putus.. Namun reaksinya berubah setelah melihat Dilla tidak kelihatan seperti orang yang baru diculik.. Malah semakin pelik apabila melihat Dilla menguntum senyuman manis..
Sah!!!!!!!
‘Dilla ok.. Dilla tak kena culik.. Tu semua rancangan Dilla dengan kawan-kawan.. Dilla nak tau Haiqal sayang Dilla atau tak..’Terang Dilla dengan senyuman tidak putus-putus di bibirnya..
‘Owh.. Sekarang apa jawapan yang Dilla dapat?’, Tanya Haiqal dengan wajah serius..
‘Dilla rasa Haiqal sayangkan Dilla.. Kalau tak sayang, Haiqal takkan bersusah-payah cari Dilla kan..’jawab Dilla dengan wajah yang ceria..
‘Betul tu.. Memang Haiqal sayangkan Dilla.. Haiqal pun tak pasti bila perasaan ni wujud.. Tapi, ini balasan yang aku dapat!!! Hah!!!’ Haiqal sudah mula meninggikan suara.. Dilla yang tersenyum sejak dari tadi terkejut dengan perubahan bahasa dan intonasi Haiqal..
‘Haiqal…..’tutur Dilla dengan suara yang hampir tidak keluar.. Air matanya sudah bertakung dan hanya menanti untuk digugurkan..
‘Cukup!! Jangan panggil nama aku.. Aku benci tau tak!! Sampai hati kau buat aku macam ni.. Hah!! Kau ingat aku ni barang permainan yang boleh kau uji-uji.. Hah!! Lepas ni aku tak nak tengok muka kau.. Kau faham tak!!’Haiqal terus meninggalkan Dilla.. Marah sungguh dirinya dipermainkan begitu.. Air mata Dilla akhirnya gugur jua.. Eida, Erin dan Syikin yang menyaksikan kejadian tersebut terus menghampiri Dilla.. Mujur tidak ramai orang yang lalu di kawasan itu..
‘Dilla….’
‘Syikin… Haiqal marahkan aku… Dia tak nak tengok muka aku lagi..’ngadu Dilla yang sudah berada dalam pelukan Syikin sambil menangis teresak-esak..
‘Syhhhh. Jangan nangis lagi Dilla.. Dia bukan taknak tengok muka kau.. Dia Cuma tengah marah tu.. Esok lusa oklah tu.. Aku tahu dia sayangkan kau..’’ Syikin berusaha memujuk Dilla…
Eida hanya termanggu di tepi sambil menyesali diri.. Dia tidak menyangka rancangannya telah mengeruhkan lagi keadaan.. Dia berjanji dengan dirinya untuk memulihkan keadaan.. Eida berjanji…
#####
Dua minggu telah berlalu, Dilla masih tidak berjaya memujuk Haiqal.. Eida juga telah menerangkan perkara sebenar kepada Haiqal, namun Haiqal masih dengan egonya tidak mahu berbaik semula dengan Dilla..
‘Dilla, aku mintak maaf.. Sebab rancangan bodoh aku tu, korang jadi macam ni.. Aku betul-betul mintak maaf..’tutur Eida dengan penuh penyesalan..
‘Takpe Eida.. Aku pun tau kau buat semua tu demi kebahagiaan aku kan.. Cuma tersalah sikit je.. Aku yakin Haiqal sayangkan aku tapi dia tak boleh terima apa yang kita buat ni je.. Aku takkan berputus asa untuk pujuk dia balik.. Lagi-lagi aku dapat sokongan dari korang dengan mama aku… Lagi bersemangat aku jadinya…’terang Dilla dengan penuh keyakinan..
‘Harap-haraplah.. Aku doakan kau berjaya..’
‘Emm… Eida.. Aku nak pergi toilet jap ye.. Tunggu Syikin dengan Erin ni, buat aku nak terkucil je.. Hehehe…’
‘Ok.. Hati-hati tau..’
#####
‘Eida, betul ke Dilla pergi toilet? Lamanya..’soal Syikin setelah hampir setengah jam menunggu Dilla..
‘Betullah.. Tadi dia cakap dengan aku..’ jawab Eida..
‘Aku rasa dia tertidur kat toilet kot.. Hehehe…’Erin pula menyampuk..
‘Banyaklah kau.. Takkanlah sampai macam tu.. Aku pergi cari dia jap.. Korang tunggu kat sini tau..’kata Eida.. Handphone Eida berbunyi ketika dia ingin memulakan langkah menandakan terdapat mesagge masuk.. Eida menjadi kaku setelah membaca message tersebut..
‘Eida, kau ni kenapa?’soal Erin..
‘Eida.. Kau dengar tak aku panggil ni…?’,Erin menyambung apabila melihat Eida masih lagi kaku.. Erin dan Syikin segera mendapatkan Eida dan mengambil handphone yang berada di tangannya..
‘Apa!!!!!!’Syikin dan Erin menjerit serentak dan mereka saling memandang antara satu sama lain..
‘Haiqal, kali ni kita orang tak tipulah… Dilla memang betul-betul kena culik…’kata Erin dengan nada penuh kerisauan..
‘Dahlah, korang tak payah kacau aku lagi.. Aku takkan tertipu..’jawab Haiqal selamba.. Hatinya masih sakit kerana ditipu bulat-bulat.. Dirinya terasa dipermainkan… Namun masih ada terselit kerisauan di hatinya..
‘Ingat aku percaya ke.. Huh! Boleh blalah… Tapi kalau betul-betul macam mana…’, guman Haiqal dalam hati..
‘Betullah!!!!Kali ni kita orang tak main-main.. Kalau kau tak percaya, kau tengok mesagge ni..’,Eida menghulurkan handphone nya kepada Haiqal.. Haiqal sekadar memandang dengan sekilas sahaja..
‘Setakat macam tu, kau ingat aku percaya.. Kalau betul pun bawak pergi balai polislah.. Biar dorang tolong kawan korang tu..’,Haiqal masih lagi dengan egonya…
‘Huh!! Kau tak nak tolong sudah!! Daripada mintak tolong kau dan bazir masa dekat kat sini.. Baik aku mintak tolong pak guard sebelum Dilla kena bunuh!!!!’ Syikin mula meninggikan suaranya dan mengorak langkah mencari penyelamat.. Perkataan bunuh itu ditekankan supaya Haiqal merubah fikirannya..
‘Bunuh…. Bunuh… Dilla aku nak kena bunuh… Tak!!!! Tak sanggup aku nak kehilangan Dilla..’, hati Haiqal menjerit..
‘Tunggu!! Bagi handphone kau!!’
#####
‘Dilla.. Bangunlah Dilla.. Jangan tinggalkan Haiqal…Haiqal sayangkan Dilla…’, tutur Haiqal.. Air mata lelakinya sudah menitis… Egonya ditolak tepi..
Syikin, Eida, Erin dan kedua-dua ibu bapa Dilla memandang sayu ke arahnya… Dilla mengalami pendarahan yang teruk akibat ditikam di perutnya.. Kisah yang berlaku di hadapan mata takkan dilupakan mereka dimana rakan mereka hampir kehilangan nyawa..
Dilla telah diculik oleh Iqbal yang meminatinya sejak dari semesta pertama.. Namun Dilla tidak menyimpan sebarang perasaan terhadapnya dan telah menolaknya dengan cara baik.. Mereka langsung tidak menyangka Iqbal telah menyimpan dendam malah semakin dalam apabila mengetahui Dilla mencintai Haiqal.. Akibat terlalu mengikut hawa nafsu, Iqbal telah bertindak untuk menikam Haiqal namun sempat dihalang oleh Dilla.. Tikamam tersebut tepat mengenai perut Dilla.. Haiqal juga mengalami kecederaan teruk akibat dipukul dan disepak secara bertalu-talu oleh sekumpulan orang yang merupakan kawan Iqbal.. Apabila polis tiba di tempat kejadian, Dilla dan Haiqal sudah rebah manakala polis sempat menangkap kesemua pesalah..
Kini, empat hari sudah berlalu, namun Dilla masih tidak menyedarkan diri.. Haiqal pula sudah beransur-ansur pulih..
‘Haiqal.. Mak cik rasa baik kalau Haiqal balik rumah rehatkan badan.. Haiqal pun belum sihat sepenuhnya kan.. Esok Haiqal boleh datang tengok Dilla lagi..’kata mama Dilla.. Kasihan dia melihat keadaan Haiqal yang tidak terurus..
‘Betul tu.. Nanti kalau ada apa-apa berita kami akan inform Haiqal..’Ayah Dilla menyokong..
‘Baiklah mak cik, pak cik.. Tapi kalau ada apa-apa berita makcik mesti cepat-cepat bagi tahu saya ye..’ kata Haiqal lemah.. Haiqal sempat memandang Dilla sekilas sebelum meninggalkan hospital tersebut..
#####
Setelah dua minggu berlalu, akhirnya Dilla telah bangkit dari koma.. Semua yang mengenali Dilla mengucapkan kesyukuran terhadap Illahi.. Haiqal adalah antara insan yang paling gembira sehimgga terlompat-lompat seperti kanak-kanak Ribena.. Mereka yang menyaksikan aksinya itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepala..
#####
‘Sayang.. Buat pe tu sampai Haiqal panggil pun tak dengar?’ Haiqal mendapatkan tempat di sebelah Dilla..
‘Takde watpe.. Saja lukis-lukis ni dan saja buat-buat tak dengar..’tutur Dilla tanpa memandang wajah Haiqal.. Sengaja tidak mahu menyahut panggilan Haiqal.. Hatinya geram kerana telah hampir setengah jam menunggu..
‘Ala bucuk-bucuk ni.. Merajuk ke sayang..’
‘Taklah.. Mana ada merajuk.. Nanti hodoh muka Dilla ni, Haiqal lari pulak..’
‘Sayangnya dia kat Haiqal sampai tak sanggup merajuk, takut mukanya hodoh..’
Dilla hanya mematungkan diri..
‘Aduhai, merajuk pulak pengarang jantung hati aku ni..’guman Haiqal dalam hati..
‘Sayang.. Walau macam mana tak cantik pun Dilla, Haiqal tetap sayangkan Dilla.. Percayalah cakap Haiqal.. Haiqal mintak maaf, tadi ada hal sikit.. Dilla.. Taknak pandang muka Haiqal yang handsome ni ke?’tangannya menyentuh muka Dilla supaya memandang ke arahnya..Dilla menepis tangan Haiqal, hatinya masih masih marah dengan kelewatan Haiqal..
‘Owh.. Tak kira hodoh mana pun aku ye..’hati Dilla berkata-kata.. Lalu wajahnya dipalingkan menghadap Haiqal..
‘Uaggggghhhhhh!!!!!’
‘Arghhhhhhh’ Haiqal menjerit dan tersungkur atas tanah kerana terkejut dengan tindakan Dilla yang berpaling ke arahnya secara tiba-tiba dan mengeluarkan suara hantu... Wajahnya juga boleh dikatakan hodoh.. Matanya dibuat seperti mata hantu, hidungnya dikembangkan, mulutnya dibuat seperti mulut ikan.. Ya Allah, betul ke awek aku ni…
‘Hahahahahaha.. Padan muka..’Dilla ketawa senang tanpa rasa bersalah.. Tiba-tiba wajahnya diseriuskan..
‘Tadi kata hodoh macam mana pun, Haiqal tak kisah kan.. Tapi tengok, baru buat sikit dah terkejut..’kata Dilla dan dia merajuk semula..
‘Aduh! sakitnya.. Boleh pulak dia gelak je.. Bukan nak kesiankan aku.. Sambung merajuk pulak tu..’Haiqal juga merajuk.. Lalu Haiqal bangun dan meninggalkan Dilla seorang diri..
‘Eh!! Dia bla macam tu aje.. Bukan nak pujuk aku.. Tapi macam salah aku je.. Alaa, cianlah pulak dia jatuh tadi..’Dilla mula rasa serba salah.. Mahu dikejarnya Haiqal, namun kakinya kaku dan kapalnya ditundukkan menghadap tanah.. Air matanya telah mula bertakung.. Tidak dapat dipastikan sebab dia perlu menangis…
Tiba-tiba terdengar petikan gitar dan seseorang telah mengalunkan lagu I’m Yours.. Dilla terkejut, namun masih tidak mengangkat kepalanya.. Dia pasti lagu itu ditujukan kepadanya kerana Haiqal pernah mengatakan begitu ketika lagu tersebut diputarkan di radio.. Lama juga dia menghayati lagu tersebut.. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua..
‘Sedap juga suara boyfriend aku ni.. Dulu suruh nyanyi malu-malu.. Romantik juga dia ni.. Untung aku dapat kau.. Terima kasih kepadaMu kerana telah mempertemukan aku dengan Haiqal..’kata-kata tersebut terluah di dalam hati.. Dilla masih tidak mahu mengangkat kepalanya..
‘Sayang, kenapa menangis ni?’tiba-tiba seseorang telah bersuara da hadapannya dan Dilla dapat melihat kaki manusia tersebut di hadapannya.. Seseorang juga masih mendendangkan lagu I’m Yours..
‘Macam kenal je kasut ni.. Suara pun macam pernah dengar je.. Eh!!! Kan Haiqal ni.. Habis tu sapa yang nyanyi tu..’keraguan terbit di dalam hati Dilla.. Dilla segera mengangkat kepalanya bagi menjawab keraguan tersebut..
Ceh!! Orang lain yang nyanyi..
Menurut penerangan Haiqal, Iham iaitu orang yang mendendangkan lagu tersebut telah diupah untuk meromantikkan suasana.. Sebagai background music katanya.. Konon, cakap jela suara tak sedap.. Hehe.. Tetapi Haiqal juga romantik, kalau tidak, masakan dia boleh cair..
‘Sayang… Jangan marah Haiqal lagi ye.. Haiqal mintak maaf sebab lambat.. Tu, Ilham yang lambat.. Haiqal nak wat kejutan tuk Dilla.. Jangan nangis lagi ye sayang..’pujuk Haiqal… Dilla hanya mengangguk.. Bibirnya menguntumkan senyuman yang paling manis..
Mereka berpandangan antara satu sama lain buat seketika meluahkan isi hati mereka melalui pandangan mata..
‘Dilla….. Dilla……’terdengar suara memanggilnya dari sisi..
‘Hish!! Siapa pulak yang ganggu ni.. Sibuk je orang nak romantik-romantik..’guman Dilla dalam hati..
‘Dilla………’
‘Apalah!! Sibuk je!!’marah Dilla dalam hati.. Kepalanya dipalingkan ke ke arah suara tersebut....
‘Hah!!’terjerit Dilla dalam hati.. Matanya yang sepet dibulatkan.. Diperhatikan Pn. Faridah yang memanggilnya, kemudian pandangan matanya dialihkan ke setiap wajah yang berada di dalam ruang tersebut.. Ibu Haiqal, Syikin, Eida, Erin, saudaranya, saudara-saudara Haiqal dan akhirnya sekali pandangannya tertumpah pada wajah insan yang amat disayanginya….
‘Dilla, dah lama Haiqal melutut tu.. Dia nak sarung cincin tu.. Dilla berangan pe tadi?’terang Pn. Faridah.. Pelik dengan perangai anaknya.. Haiqal telah lama masuk ke bilik tersebut untuk upacara pembatalan air sembahyang.. Namun Dilla hanya diam sahaja.. Nak kata tidur, matanya terbuka.. Sekejap tersenyum, sekejap masam.. Sah!! Beranganlah tu..
‘Malunya!!!!! Sempat aku berangan lagi… Teruk betullah…’,marah Dilla dalam hati.. Terdengar suara-suara ketawa mengusiknya.. Bertambah-tambah malunya.. Kepalanya semakin ditundukkan menghadap lantai..
‘Klaka betullah isteri aku ni.. Time-time ni boleh pulak dia berangan.. Sakit lutut aku tunggu dia habis berangan.. Nasib baik ramai orang, kalau tak mau aku cium biar sedar..’guman Haiqal dalam hati.. Diangkatnya wajah Dilla supaya menghadapnya.. Senyuman manis diberikan.. Disarungnya cincin dan dicium dahinya lama…
Saat itu, air mata Dilla sudah pun tumpah ke bumi.. Malunya telah hilang, suara-suara nakal mengusiknya juga tidak dihiraukan… Hanya satu perasaan yang dirasai ketika itu, iaitu kebahagiaan setelah tiga tahun menunggu… Kini dia telah sah menjadi isteri kepada Mohd Ashraf Haiqal.. Alhamdullah… Semoga kebahagian akan menjadi miliknya selalu.. Amin….
‘Hah!!’Dilla menjerit sambil tangannya ditegakkan ke atas.. Haiqal yang khusyuk mencium dahi Dilla hampir jatuh terbaring akibat terkejut.. Begitu juga dengan saudara-saudara yang berada dalam bilik tersebut.. Masing-masing mengurut dada..
‘Abang, berapa kali tadi?’soal Dilla bersungguh-sungguh tanpa menghiraukan reaksi manusia-manusia di sekitarnya.. Akibat terlalu khusyuk mengingati kisah lalu, Dilla tidak perasan berapa kali ucapan baru Haiqal melepasi halangan berhadapan dengan Tok Kadi..
‘Haih.. Inilah isteri aku.. Bukan nak tanya aku ok ke tak, terus tanya berapa kali.. Nasib baiklah aku cintakan kau Dilla… Dengan kuasa cinta ni, aku akan menerimamu seadanya sayang…’kata-kata itu hanya diluahkan dalam hati…
No comments:
Post a Comment